Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Piala ATP: Medvedev bantu Russia bergelar juara

medvedevrublev.jpg
Pemain nombor empat dunia, Daniil Medvedev, menjulang Piala ATP bersama Russia, yang mengatasi Itali di Melbourne sebentar tadi.

Di ambang pembukaan Terbuka Australia, Medvedev meningkatkan persiapannya dengan memimpin Russia mengatasi Itali hasil kemenangan 6-4 6-2 ke atas Matteo Berrettini di Melbourne Park.

Ia merupakan persembahan dominan daripada wakil Russia itu, yang menang setiap perlawanan perseorangan dalam Piala ATP, selepas Andrey Rublev mengatasi Fabio Fognini 6-1 6-2 dalam perlawanan kedua.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya. Andrey memenangi semua perlawanannya," kata Medvedev. "Terima kasih kerana telah bersama saya di sini dan menjulang piala ini."
 

Medvedev memasuki saingan Terbuka Australia esok dalam prestasi terbaik, setelah memenangi 14 perlawanan berturut-turut, sejak Paris Masters awal tahun lalu.

Daripada kesemua kemenangan tersebut, 10 daripadanya ke atas pemain 10 terbaik dunia ketika naib juara Terbuka AS, Medvedev -- pilihan keempat bagi grand slam pertama tahun ini -- membuat persiapan berdepan Vasek Pospisil pada Selasa.

"Ini pencapaian yang sangat besar kerana saya juga tidak kalah dalam satu perlawanan. Ya, 10 perlawanan menentang 10 pemain terbaik dunia, tidak kalah dalam 10 perlawanan ini. Ini meningkatkan keyakinan saya," kata Medvedev.

"Walaupun anda kalah, anda tahu bahawa anda mampu bermain di tahap ini, dan ini membantu saya untuk seterusnya."
 

Advertisement

Must Watch Video