Skip to main content

Sukan Lain

Piala Asia Sepak Takraw: Usia hanyalah angka, Farhan Adam tekad bantu Malaysia lakar kejayaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farhan-adam.jpg
'Usia hanyalah angka', itu tegas kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, yang menganggap faktor usia bukanlah penghalang untuk dirinya kekal berada pada tahap prestasi optimum bagi membantu Malaysia di Kejohanan Piala Asia ASTAF 2025.

Menginjak usia 36 tahun ketika ini, feeder yang mesra disapa Emon itu memasang impian untuk menjulang kejuaraan regu berpasukan sekaligus menamatkan penantian 34 tahun kem negara dalam acara itu.

Selepas lebih 15 tahun menyarung jersi skuad kebangsaan, Emon sekali lagi berdepan misi membantu Malaysia melakar sejarah baru di tanah air sendiri sepertimana dilakukannya ketika Piala Dunia ISTAF Mei tahun lalu.

Tanpa berselindung, feeder berpengalaman itu akui dia hanya akan memikirkan soal persaraan seandainya berjaya merealisasikan hasrat muncul juara regu berpasukan di pentas Piala Asia 2025.

Farhan yang akan beraksi dalam acara regu dan regu berpasukan itu bakal mengetuai cabaran Malaysia dalam aksi pembukaan Kumpulan D bertemu Nepal pada 13 Mei ini.

"Kami berharap untuk menjadi juara acara berpasukan terlebih dahulu, mungkin selepas itu barulah saya memikirkan tentang persaraan.

"Barisan pemain Thailand memiliki barisan pemain veteran dalam skuad mereka jadi saya mahu menjadikan ia sebagai penanda aras buat barisan pemain negara untuk terus bermain."

Advertisement

Must Watch Video