Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia Sepak Takraw bakal dianjur Mei 2025 -- Sumali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sepak-takraw.jpg
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan, mengesahkan Piala Asia 2025 bakal dianjurkan pada Mei tahun hadapan.
 

Ia diputuskan selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) bagi penganjuran kejohanan yang buat julung kalinya diperkenalkan itu.

Ditanya mengenai venue pertandingan, Sumali memaklumkan PSM sedang menilai beberapa lokasi, namun Stadium Titiwangsa kekal menjadi pilihan utama buat masa ini.

Sumali turut percaya malaysia mampu bertindak selaku hos terbaik berdasarkan pengalaman serta maklum balas daripada penganjuran Piala Dunia ISTAF yang berlangsung Mei lalu.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video