Skip to main content

Sukan Lain

Piala Asia Sepak Takraw 2025: Thailand mampu capai sasaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sittipol.jpg
Jurulatih skuad sepak takraw Thailand, Somporn Jaisin Ghol, percaya pasukannya mampu capai sasaran untuk muncul juara dalam ketiga-tiga acara yang bakal disertai mereka di Kejohanan Piala Asia ASTAF 2025.

Jelas Haisinghol, yang juga bekas feeder skuad kebangsaan Thailand, pasukannya sedia untuk bertemu mana-mana pencabar termasuk Malaysia di pentas final.

Skuad Gajah Perang bakal bersaing dalam acara regu, regu berpasukan serta doubles mempertaruhkan beberapa nama besar antaranya Sittipong Kamchan, Sirisak Anuloon serta Jakkrit Thinbangbon.

Untuk rekod, Thailand muncul juara regu berpasukan di Piala Dunia ISTAF 2024 selepas mengecewakan Malaysia dengan keputusan 2-1.

"Kami sudah bersedia menghadapi saingan kali ini. Kami hadir dengan skuad terbaik," katanya. 

"Kami membuat persiapan rapi, kami menyasarkan kejuaraan dalam setiap kategori.".

Advertisement

Must Watch Video