PERMOTORAN
Piala Asia Lamborghini Super Trofeo: Jazeman Jaafar, Selim Rafique mahu kekal momentum di Inje
Dua pemandu Malaysia, Jazeman Jaafar dan Selim Rafique, berada dalam prestasi terbaik untuk kembali ke Taxshield Arrows Racing Team bagi pusingan ketiga Piala Asia Lamborghini Super Trofeo selepas cemerlang menamatkan perlumbaan di tempat kedua ketika di BEND Speedway Adelaide, Australia, baru-baru ini.
Acara tersebut bakal berlangsung di Inje Speedium, Korea Selatan, yang bermula 18 hingga 21 Julai ini.
Berdasarkan persembahan semasa, kedua-dua pelumba berkenaan berhasrat untuk mengekalkan momentum dan ingin memberikan saingan sengit buat pencabar yang lain.
Iklan
"Saya teruja dan sangat bersedia untuk cabaran di Korea nanti.
"Ini adalah kali pertama saya berlumba di Inje, Speedium jadi saya mahu memaksimumkan dua sesi latihan rasmi untuk meningkatkan kelajuan," kata Jazeman.
Must-Watch Video