HOKI

Piala Asia Hoki Dalam Dewan: Malaysia muncul juara

Ammar Hakim 16/08/2022 | 09:03 MYT
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mengakhiri kemarau gelaran juara lapan tahun saingan Piala Asia di Bangkok, Thailand semalam.
Malaysia menewaskan juara bertahan, Iran dengan keputusan penentuan pukulan penalti 3-2 apabila kedudukan dalam perlawanan adalah seri 4-4.
Ini juga menyaksikan skuad negara berjaya menamatkan penguasaan juara lapan kali berturut-turut sejak 2008.
Untuk rekod, kali terakhir skuad negara menjejak kaki ke pentas akhir adalah pada 2014 di Chuanghua, Taiwan di mana mereka tewas 5-1 kepada Iran.
;