HOKI

Piala Asia Hoki Dalam Dewan: Malaysia berjaya ikat Kazakhstan

22/05/2024 | 09:42 MYT
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi, berpuas hati dengan persembahan skuad Malaysia berjaya ikat Kazakhstan 3-3 dalam Kejohanan Piala Asia sebentar tadi.
Kebangkitan skuad ketika mengikat Kazakhstan 3-3 pada Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan, Kazakhstan, memastikan Malaysia kekal dengan rekod tanpa kalah sekaligus peluang untuk ke pusingan kedua dilihat kekal realistik.
Malaysia yang berkongsi empat mata bersama Kazakhstan selepas dua perlawanan akan turun menentang Indonesia pada aksi terakhir pusingan pertama, Kumpulan B jam 8.45 malam ini.
"Alhamdulillah kami kekal tidak tewas dan pemain telah memberikan tentangan kepada Kazakhstan dengan bangkit daripada ketinggalan untuk menamatkan perlawanan dengan satu mata.
"Pasukan sedar lawan kami, Kazakhstan merupakan satu pasukan yang kuat dan telah melakukan persiapan rapi jadi kami telah menjangkan satu perlawanan yang bukan mudah perlu kami lalui.
"Malam ini kami akan turun dengan matlamat mencari kemenangan ke atas Indonesia dan kami tidak akan mengambil mudah mahupun leka pada aksi itu nanti.
"Perlawanan terakhir kumpulan itu juga penting untuk kami memastikan kami menutup aksi kumpulan dengan cemerlang dan seterusnya layak ke pusingan kedua (empat pasukan terbaik).
"Masa rehat yang singkat ini akan kami gunakan sebaiknya untuk melakukan persiapan akhir sebelum turun menentang Indonesia."
#Malaysia #hoki dalam dewan
;