Skip to main content

Futsal

Piala Asia Futsal 2026: Malaysia dijangka buat persiapan awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam-futsal.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, memaklumkan pihaknya kini sedang merangka persiapan awal buat skuad negara menjelang pusingan akhir futsal Piala Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia Januari depan.

Jelas Rosmadi skuad kendalian Rakphol Sainetngam dijangka memulakan kem latihan pusat bulan hadapan dan tidak menolak kemungkinan untuk menjalani beberapa siri aksi pemanas badan di luar negara.

Antara destinasi yang sedang dipertimbangkan ialah Jepun selain negara di Timur Tengah yang dilihat sebagai lokasi terbaik dalam memperkuatkan dan mempersiapkan pasukan.

Untuk rekod, Malaysia mara ke pusingan akhir futsal Piala Asia 2026 selepas berada dalam kelompok tujuh pasukan naib juara terbaik yang layak bersama lapan juara kumpulan dalam pusingan kelayakan di samping tuan rumah, Indonesia.

"Kami telah membuat perancangan sebelum layak ke pusingan akhir, kami akan mengadakan kem latihan seawal bulan depan.

"Kami akan menjalani persiapan rapi bagi saingan kali ini dan saya optimis kemampuan Malaysia untuk melangkah jauh," katanya.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut futsal ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video