Skip to main content

Sukan Lain

Piala Asia Bola Sepak Pantai: Malaysia tewas tipis kepada Bahrain dalam aksi pembukaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-sepak-pantai.jpg
MALAYSIA 3 BAHRAIN 4

Skuad negara membuka kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai dengan langkah kiri apabila tewas 4-3 kepada Bahrain dalam aksi pertama Kumpulan D di Pattaya, Thailand sebentar tadi.

Selepas ketinggalan 1-3, skuad negara bangkit mengikat kedudukan 3-3 tetapi mereka kemudian dibolosi tandukan Isa Ghaleb pada 10 saat terakhir.

Satu lagi aksi Kumpulan D pula menyaksikan Vietnam dibelasah Oman 7-1.

Malaysia seterusnya akan bertemu Oman bagi aksi kedua manakala Vietnam pula bertemu Bahrain hujung minggu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video