Ketua jurulatih skuad takraw negara, Ahmad Jais Baharuddin, menjelaskan punca perejam muda negara, Khairul Aman Md. Rosdi tidak dapat terus beraksi bersama Malaysia bagi baki saingan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF yang berlangsung ketika ini.
Perejam muda sepak takraw negara, Khairul Aman dikejarkan ke hospital semalam selepas dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika perlawanan menentang Jepun.
Pemain berusia 22 tahun dari Terengganu itu pada awalnya disenaraikan dalam skuad regu kedua negara bersama Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Farhan Adam (apit kiri), namun tidak sempat beraksi apabila dikeluarkan sebelum perlawanan bermula dan digantikan dengan Muhammad Noraizat Mohd. Nordin.
Meskipun berlaku pertukaran saat akhir, regu kedua negara tetap cemerlang apabila mencatat kemenangan bergaya straight set 15-8, 15-9.
Menerusi facebook Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), president Datuk Mohd Sumali Reduan, dia berkata, "Sebentar tadi saya dapat bercakap dengan Khairul Aman selepas minor operation.
"Beliau masih di Hospital dan tidak dapat bermain untuk game seterusnya. Beliau rasa sedih kerana tidak dapat bersama2 dan berjuang untuk game seterusnya di Stadium Titiwangsa.
"Kita doakan agar Aman segera sembuh."

Skuad Sepak Takraw negara terpaksa lupakan khidmat 'killer' Khairul Aman Mohd Rosdi untuk baki perlawanan acara Regu berpasukan?
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 17, 2025
Ini penjelasan Ketua Jurulatih skuad negara, Ahmad Jais Baharun.@ASTROARENA pic.twitter.com/y7JFCthNNm