Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Perejam Terengganu Turtles bakal menyinar, usia muda bukan penghalang bermain demi negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aman.jpg
Umpama mimpi jadi realiti. Perejam muda negara, Khairul Aman Mohd Rosdi, tidak pernah terfikir namanya akan tersenarai dalam 15 pemain terbaik Malaysia yang akan beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025.

Ia sekali gus, menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu bakal melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mei ini.

Khairul Aman yang berasal dari Terengganu mengakui kekok untuk menjalani latihan di samping beberapa nama besar seperti Azlan Alias, Noraizat Nordin dan Afifuddin Razali.

Aman bagaimanapun, mempercayai kerjasama yang diberikan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan mampu membantu dirinya menyesuaikan diri dengan lebih cepat.

 

Untuk rekod, nama Aman mula mencuri tumpuan tatkala saingan Grand Prix Terengganu Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) yang menyaksikan dia berjaya membantu Terengganu Turtles muncul naib juara selain mempertahankan Emas Anuar STL Champions Cup bersama Negeri Sembilan Antlers.

"Saya tak jangka kerana saya muda lagi.

"Menjelang pertandingan besar ini, ada sedikit tekanan untuk saya mencari rentak yang sama seperti pemain senior.

"Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik, sedaya upaya membanggakan nama Malaysia dan bermain dengan cemerlang.

"Kami memiliki peluang atas faktor bermain sebagai tuan rumah.

"Saya percaya dengan semua pemain dapat melakukan keajaiban seperti tahu lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. 

Advertisement

Must Watch Video