Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Mudah tewaskan India, Malaysia ke final demi lunas misi 34 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astaf.jpg
Tiada kesukaran buat kem berpasukan negara apabila mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi. 

Agregat 2-0 sudah cukup untuk skuad kendalian Ahmad Jais Baharun menghentikan langkah India dalam aksi separuh akhir untuk mara ke final yang akan berlangsung jam 4.00 petang ini. 

Thailand atau Korea Selatan bakal menjadi lawan kem negara seterusnya, namun misi paling penting ialah mahu memecahkan kebuntuan 34 tahun bergelar juara dalam acara tersebut. 

Susulan kejayaan regu dan kuadran menggondol pingat emas, termasuk naib juara acara double, berpasukan Malaysia enggan lagi kecewa dan mahu menoktahkan kemenangan unggul petang ini. 

Advertisement

Must Watch Video