Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Malaysia letak sasaran final kesemua empat acara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumali-astaf-piala-asia.jpg
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menetapkan sasaran untuk skuad negara mara ke pentas final bagi keempat-empat acara yang dipertandingkan dalam Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa bermula 9 Mei ini.

Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan, percaya dengan persiapan rapi yang dijalani skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu, tidak mustahil sasaran itu dapat dicapai.

Sebanyak empat acara akan dipertandingkan dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu, iaitu acara regu, berpasukan, double dan kuadran.

Tegas Sumali, mahu tidak mahu, Malaysia perlu muncul juara bagi acara double dan regu, di mana skuad negara merupakan juara sewaktu saingan Piala Dunia ISTAF di laman sendiri tahun lalu.

"Sasarannya sudah pasti untuk ke final dan saya harap kita akan ke final keempat-empat acara," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Sudah pasti acara regu dan double merupakan acara yang kita pernah juara sewaktu Piala Dunia di laman sendiri tahun lalu, jadi saya meletakkan sasaran pingat emas di hadapan penyokong sendiri."
 

Advertisement

Must Watch Video