Perejam skuad kebangsaan, Khairol Aman, selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menerusi laman Facebook selepas melakukan lawatan Bersama Presiden Terengganu, YM Tengku Zaihan Tengku Zaihan.
"Alhamdulillah Khairol Aman selamat pembedahan kecil dan dalam keadaan stabil di Hospital KL. Saya dan Presiden Terengganu, YM Tengku Zaihan Tengku Zaihan melawat sebentar tadi.
"Seorang killer muda 21 tahun yang berbakat besar terpaksa melupakan bermain acara berpasukan Piala Asia KL 2025. Beliau berasa sedih dan geram tidak dapat bermain acara berpasukan.
"Walaubagaimana pun Aman telah membantu dalam acara regu sehingga menjadi Juara Piala Asia Khamis lalu. Kita doakan Aman segera sembuh." katanya.
Pemain berusia 22 tahun itu dikejarkan ke hospital semalam selepas dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika perlawanan menentang Jepun dalam kempen Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025.