Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, turut memberikan kredit kepada kejayaan skuad sepak takraw negara usai muncul juara dan naib juara dalam kategori kuadran dan double.
Namun, Hannah menuntut skuad negara agar berusaha lebih keras untuk merebut baki dua pingat emas dalam kategori berpasukan dan regu di Kejohanan Piala Asia ASTAF 2025.
Bagi Hannah, usaha lebih gigih diperlukan untuk menguasai keseluruhan kejohanan yang berbaki.
"Untuk ASTAF semestinya kita mahu menang semua kategori tetapi tidak boleh terlalu tamak, jadi kita menang lawan Jepun dalam kuadran dan kalah kepada Thailand dalam double.
"Masih ada dua acara iaitu berpasukan dan regu jadi saya masih taruh harapan untuk atlet kita kuatkan semangat dan lakukan yang terbaik." katanya.
Dia ditemui ketika Program Konvensyen Meja Bulat Kejurulatihan Sukan 2025 yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
Hannah juga menegaskan kepentingan kerjasama serantau dalam memperkasakan bidang kejurulatihan sukan demi melahirkan lebih ramai jurulatih berkualiti di peringkat ASEAN.