Kapten skuad kuadran negara, Amirul Zazwan, menyifatkan kejayaan menjuarai Piala Asia ASTAF sebagai detik penting yang membuktikan peningkatan prestasi skuad Malaysia dalam acara kuadran.
“Saya rasa memang perlu dikekalkan sebab kita baru ada kejayaan dan kita perlu tambah baik apa kekurangan kita daripada segi pertahanan, serangan, hadangan,” katanya ketika ditemu bual di Nadi Arena.
Amirul percaya, kemenangan ini bukan sahaja menyuntik semangat pasukan, malah membuka mata negara-negara lain terhadap kebangkitan Malaysia.
“Saya rasa dengan kejayaan ini, negara-negara lain dapat melihat prestasi kita yang makin baik. Ini betul-betul membuatkan graf kita meningkat dalam acara kuadran,” tambahnya.
Sebagai kapten, Amirul menekankan pentingnya kesinambungan dan penambahbaikan berterusan agar skuad ini kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.
Kejayaan ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.