Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: 'Full house' 2000 penyokong banjiri Stadium Titiwangsa demi lihat Malaysia tamatkan kemarau 34 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Seawal jam 9.00 pagi penonton sudah beratur bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur petang ini.

Difahamkan, sebanyak 2000 keping tiket telah habis dijual dan peminat sukan itu akan membanjiri setiap sudut untuk memberikan sokongan penuh kepada skuad sepak takraw negara memandangkan hari ini merupakan hari terakhir penganjuran berprestij itu. 

Seperti pengelolaan Piala Dunia ISTAF tahun lalu, kem kebangsaan di bawah kendalian Ahmad Jais Baharun mahu mencipta sejarah apabila acara berpasukan menjadi detik yang ditunggu untuk memecahkan kebuntuan kejuaraan. 

Malaysia sudah merangkul gelaran regu dan kuadran, sambil double mendapat naib johan. 

Misi penantian 34 tahun untuk bergelar juara acara berpasukan menjadi tumpuan utama peminat sepak takraw seluruh negara. 

Advertisement

Must Watch Video