Demi merealisasikan impian ke final dalam ke semua acara, ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun, mengambil langkah untuk mengekalkan barisan pemain utama bagi menjamin kestabilan dan keserasian yang telah dibuktikan dalam beberapa kejohanan lalu.
Keputusan mempertaruhkan kekuatan sama menerusi acara regu dan double menyaksikan Malaysia muncul juara dalam Piala Dunia 2024.
Pemain dibenarkan beraksi maksimum dua kategori sahaja.
Malaysia akan menggalas cabaran selaku tuan rumah dengan menyertai ke semua empat kategori; Regu, double, quadrant dan berpasukan dalam Piala Asia ASTAF bulan depan.
"Pemain yang pernah memenangi acara masing-masing mempunyai potensi besar untuk mengekalkan status gelaran kali ini," katanya di Nadi Arena.
Sebagai persiapan, seramai 15 pemain telah dipilih untuk membentuk skuad utama dengan diberikan fokus khusus dalam kategori masing-masing.
Namun, senarai rasmi mengikut acara akan diumumkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam masa terdekat.
"Bertanding di peringkat tertinggi memerlukan kemahiran dan pengalaman.
"Ini merupakan beberapa elemen yang perlu diterapkan untuk setiap pemain bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi bertanding di halaman sendiri," tambahnya.

Ketua jurulatih sepaktakraw negara, Ahmad Jais Baharun beri bayangan bakal pertaruh muka sama skuad 'Piala Dunia 2024' bagi kategori double & regu dalam misi mengulangi kejayaan itu di Piala Asia ASTAF kali ini.
— husnae (@husnazainudin_) April 22, 2025
Nantikan butiran lanjut dalam Nadi Arena, 7.30 malam! @ASTROARENA pic.twitter.com/do8asf73Yj