HOKI

Piala AMEC: Belasah Timor-Leste 10-0, Thailand beri amaran awal buat Harimau Malaya

Shaiful Shamsudin 08/12/2024 | 14:47 MYT
TIMOR-LESTE 0 THAILAND 10
Thailand melaungkan amaran awal dalam misi memburu gelaran Raja Asia Tenggara buat kali kelapan apabila membelasah Timor-Leste 10-0 di Stadium Hang Day, Hanoi, sebentar tadi.
Gajah Perang cukup agresif ketika membuka kempen Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 malam ini bagi membuktikan tahap kesediaan mereka untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi dua tahun lalu.
Pesta gol Thailand bermula pada minit ke-4 menerusi Ben Davis bagi menutup babak pertama 4-0 sebelum menokok empat gol lagi dalam separuh masa kedua.
Thailand yang berada di kelas tersendiri itu bakal menjadi ujian buat Harimau Malaya dalam pertemuan di Stadium Rajamangala pada Sabtu depan.
Apa pun, Malaysia yang seri 2-2 di Kemboja sebentar tadi berpeluang mengembalikan rentak kemenangan ketika menyambut Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu depan.
#Harimau Malaya #Piala ASEAN #Piala AMEC
;