Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) mengambil langkah proaktif dalam usaha menghidupkan kembali arena hoki di Lembah Klang menerusi penganjuran Liga Hoki Kuala Lumpur 2025.
Kejohanan ini bakal membuka tirai pada 3 Mei dengan penyertaan 19 pasukan lelaki yang dibahagikan kepada dua kumpulan.
Sebanyak 475 pemain daripada pelbagai latar belakang, termasuk pemain amatur, bekas pemain negeri dan juga bekas pemain kebangsaan, telah mengesahkan penyertaan mereka.
Ini menjadikan liga tersebut medan penting bagi pembangunan bakat serta pemantapan karier pemain tempatan.
PHKL menerusi liga ini membuktikan komitmen mereka untuk mengembalikan Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan utama pembangunan hoki negara.
Ia juga membuka ruang buat pencarian bakat baharu dan menyediakan platform pertandingan yang kompetitif secara berterusan.
Pengurusan tertinggi PHKL menyifatkan penganjuran ini sebagai satu manifestasi janji mereka untuk memulihkan semula kekuatan hoki ibu kota yang suatu ketika dahulu menjadi pencetus kepada kemunculan ramai pemain bertaraf kebangsaan.
Dengan langkah drastik ini, Kuala Lumpur diharap mampu kembali menjadi lubuk utama pemain berbakat dan menyumbang kepada pengukuhan skuad hoki negara di masa hadapan.
“Saya harap para pemain terutamanya barisan pemain muda dapat bermain dengan bersungguh-sungguh sebab saingan liga di KL memang sentiasa diberi perhatian selain daripada liga-liga lain dan KHM pun sangat bekerjasama rapat dengan kita, kata Datuk Rosal Azimin Ahmad, Naib Presiden PHKL kepada wartawan Astro Arena Karl Nunis.
“Jadi sesiapa pemain yang dapat bermain dengan cemerlang, mungkin kita akan dapat naikkan nama mereka ke pasukan junior mahupun pelapis, skuad SUKMA serta skuad kebangsaan, tambahnya lagi.
“Objektif kita adalah untuk mempromosi sukan hoki di Wilayah Persekutuan khasnya di peringkat Lembah Klang dan amnya dalam semua peringkat dalam negara.
“Untuk semua peringkat umur dan selain daripada itu kita akan mempromosikan kewujudan gaya hidup sukan untuk Kesihatan dan semua jurulatih untuk SUKMA yang telah pun dilantik akan dating untuk setiap perlawanan untuk kit acari bakat-bakat baru dan kita pun sudah ada senarai pemain itu dan kita akan terus mencari juga.