Hujan lebat menyukarkan sesi kelayakan terakhir Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix di Stadium Batu Kawan hari ini.

Pendahulu keseluruhan CP125, Md Syamil Amsyar, masih mampu mempamerkan gaya tunggangan kemas untuk bangkit daripada kekecewaan masalah teknikal pusingan lalu.

Syamil dalam momentum untuk bergelar juara keseluruhan esok setelah mencatat masa terpantas 55.543 saat dalam sesi kelayakan A.

"Asalkan saya kekalkan tempat di atas podium sekalipun, saya akan muncul juara keseluruhan.

"Saya akan sedia sejak pusingan kesembilan tapi tidak terlaksana.

"Jadi saya akan buktikan di laman sendiri," katanya.

Sesi kelayakan B CP125 pula didominasi Arash Tsunami yang kini menduduki tangga ke 16 keseluruhan, dengan catatan masa terpantas 53- perpuluhan 9-3-5 saat.

"Alhamdulillah saya meraih petak pertama dalam sesi kelayakan tadi.

"Saya tumpu untuk catatan peribadi," katanya.

Sementara itu, kategori Wira KBS pula menyaksikan Farres Putra Fadhilenggan menoleh ke belakang lagi dengan mendominasi pusingan kelayakan dengan catatan terpantas 54.551s.

"Saya tiada tekanan, saya percaya kepada rezeki.





"Kalau tak boleh tahun ini, cuba lagi tahun depan pula.

"Saya perlu pastikan motosikal dalam keadaan elok dan kekal di podium," katanya pula.

Sesi kelayakan CP150 terus kekal menjadi milik Akid Aziz dengan masa terpantas 50.951s biarpun sudah bergelar juara keseluruhan tahun ini

"Tiada istilah santai.

"Walaupun sudah memenangi kejuaraan tahun ini, saya masih mahu menang perlumbaan ini," katanya.