Tumpuan pusingan terakhir Petronas MAM Malaysian Cub Prix minggu ini terarah kepada saingan penentuan, siapakah bakal diangkat sebagai naib juara kategori CP150?

Afif Amran mengumpul 147 mata untuk 43 mata mengatasi Kasma Daniel Kasmayudin menuju saingan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang itu.

Juara kategori itu telah sah menjadi milik Akid Aziz yang menyempurnakan hasrat pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing selepas mengumpul 200 mata selepas sembilan pusingan.

"Kami membuat persiapan rapi untuk menghadapi pusingan terakhir, kami banyak uji keupayaan.






"Perebutan nombor tiga sebenarnya tidak besar bagi saya sementara tempat kedua agak sukar ekoran jurang mata yang besar.

"Tetapi kami tetap fokus sebagai persediaan untuk musim depan," kata Kasma Daniel sebagai tetamu Nadi Arena sebentar tadi. ​

Kategori Wira KBS juga tidak kurang hebatnya untuk kedudukan juara keseluruhan masih terbuka buat tiga pelumba sensasi iaitu Farres Putra daripada Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Akif Abdullah daripada Honda Wave Alpha KC Racing dan Adib Arsyad (Yamaha Estremo 27 Racing).

Farees kini selaku peneraju dengan 169 mata diikuti rapat Akif Abdullah (153 mata) dan posisi ketiga menjadi milik semasa buat Adib Arsyad dengan 142 mata terkumpul.

"Kami agak yakin.

"Kami sudah kuatkan strategi untuk rangkul kejuaraan berganda termasuk gelaran pengeluar," katanya pula.