Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Tengku Amirul gusar dilanda kemarau kejuaraan
Raja Zaid
Ogos 8, 2024 19:35 MYT
Ogos 8, 2024 19:35 MYT
Juara kategori CP 150 pada perlumbaan di Teluk Intan pada 2019, Tengku Amirul Haffiruddin mengakui bahawa dia sememangnya risau memandangkan kejuaraanya itu hanyalah singgah seketika sahaja sebelum ia seperti dilanda kemarau sejak 2019.
Malah jelas Amirul, sejak merasai podium di Teluk Intan itu, dia sememangnya agak bergelut dan mencari-cari prestasi terbaiknya sehingga kini dalam iltizamnya untuk mengulangi pencapaianya itu sekali lagi.
Ketika bersama pasukan Jetron Yamaha YY Pang beliau banyak memberikan aksi terbaiknya yang menyaksikanya beliau pernah digeruni oleh lawan ketika itu.
Namun malangnya kecederaan yang dialaminya banyak mempengaruhi prestasi beliau selepas itu yang menyebabkan agak sukar untuk mencari henjutan juara.
"Kecederaan di bahagian bahu dan tangan banyak menjadi faktor yang menyebabkan saya gagal mendapatkan prestasi terbaik atau gagal memberikan komitmen seratus peratus ketika di atas motor." Katanya kepada Astro Arena.
Bagaimanapun beliau cuba sedaya upaya memperbaiki keadaan tersebut namun ia agak memakan masa untuk mencapai tahap yang membolehkanya berpuas hati.
Menjelaskan keadaan semasa beliau bersama pasukan baharunya iaitu SCK Honda Racing, Amirul mendedahkan bahawa beliau agak bersyukur kerana kesemua krew yang terlibat memberikan komitmen yang jitu dan membolehkannya memperbaiki corak tunggangannya dari semasa ke semasa.
Ia nyata memberikan harapan yang baharu baginya untuk kembali mempamerkan tunggangan yang lebih baik bagi kejuaraan musim ini.
Hasilnya cukup positif setakat ini katanya walaupun belum lagi merasai rentak juara yang dikehendakinya.
Namun beliau berharap impianya itu akan kembali jua terutamanya dalam menghabiskan baki perlumbaan musim ini yang masih ada