Skip to main content

Permotoran

Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Syamil Amsyar tunjuk taring sebenar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syamil.jpg
Pelumba Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing, Md Syamil Amsyar Md Iffende, muncul peserta terpantas pada sesi kelayakan kategori CP125 B dalam pusingan keempat Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024.

Ketika sesi latihan kedua, Syamil Amsyar mencatatkan masa terpantas 50:428s mendahului pencabar terdekat, Md Afizi Supaat daripada OneXOX TKKR Racing sambil diekori oleh pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Aliff Danial Md Asri.

Peningkatan terus dipamerkan oleh Syamil Amsyar yang turut merekodkan masa tertinggi 50:354s.

"Bagi saya, persaingan CP125 cukup sengit. Saya bersyukur pelasaran jentera saya begitu baik dan dapat melihat perbezaan yang ketara pada sesi kelayakan berbanding dengan sesi latihan satu dan dua, jadi saya dapat memperbaiki catatan masa untuk sesi kelayakan. 

"Apapun, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan saya dalam perlumbaan esok," katanya.

Advertisement

Must Watch Video