CUB PRIX
Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Pengurus Yamaha CKJ Racing gesa orang kampung datang beri sokongan
Kehangatan pusingan keenam Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 dirancakkan lagi dengan penampilan pasukan tuan rumah, Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, yang mahu menonjolkan penguasaan penuh terhadap trek di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, bermula esok hingga Sabtu ini.
Selain menganggap ia satu kelebihan bermain di halaman sendiri, pasukan tersebut ingin mempamerkan prestasi terbaik selain menjadi contoh ikutan buat semua pengunjung yang datang meyaksikan perlumbaan itu.
Menurut pengurus pasukan, Yusoff Said, kesemua krew memainkan peranan penting untuk meraih kejuaraan sambil mahu menerapkan budaya keluarga antara satu sama lain.
Iklan
Dalam masa sama, Yusoff Said turut menggesa 'orang kampung' untuk hadir ke venue pertandingan demi sokongan padu kepada pelumba-pelumbanya terutama Akid Aziz yang mahu memperaga rekod cemerlang.
Must-Watch Video