Skip to main content

Permotoran

Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Kegigihan Muhamad Al-Syafiq wajar diberi pujian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mam.jpg
Menjelang kehangatan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa Sepang Selatan, pelumba One Make Yamaha Super Series, Muhamad Al-Syafiq Muhamad Al-Amirul Zaki mempunyai cerita tersendiri di sebalik bergelar raja litar permotoran.

Pujian harus diberikan kepada pelumba tersebut kerana mengekalkan konsistensi dengan menghabiskan saingan di podium pada setiap pusingan.

Malah pelumba ini turut bijak membahagikan masa antara pelajaran dan perniagaan dalam kehidupan sehariannya.

"Rutin harian saya ialah setiap pagi saya akan berangkat pergi ke sekolah dan terus ke kedai makan milik keluarga untuk membantu ayah saya selepas tamat sesi pembelajaran.

"Kemudian, saya pergi bengkel permotoran untuk mempelajari cara-cara mengendalikan motorsikal sebelum saya melakukan latihan terhadap persiapan diri saya," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video