Bekas jaguh Wira KBS, Danish Aiman, meluahkan perasaan terhadap kekecewaanya kerana masih belum menerima tawaran daripada mana-mana psukan meskipun menamatkan saingan keseluruhan pada tempat ketiga kategori tersebut di edisi 2021.

Danish terpaksa beraksi dalam kategori Pro-Am sejak 2023 akibat persaingan yang terlalu tinggi antara pelumba lain menyebabkannya tidak memiliki sebarang pasukan.

Kendatipun begitu, Danish masih mampu menduduki podium sebanyak dua kali dalam kategori Pro-Am sepanjang penglibatannya tahun ini.

"Faktor pertama ialah umur saya sudah melebihi 17 tahun membuatkan saya perlu bermain di kategori baru selain faktor tempat ketiga menyebabkan saya tidak boleh bersaing dan tiada pasukan yang datang merisik," katanya.