Saingan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 terus menjanjikan kehangatan menjelang aksi pusingan keempat di Teluk Intan, Perak bermula esok.
Di sebalik kehangatan itu, tumpuan turut terarah kepada saingan Honda RSX One make Challenge, terutama buat pelumba muda kelahiran Sabah, Shazrilee Patilee, yang sudah tiga kali memanjat podium.
Shazilee kini mendahului carta keseluruhan kategori pelumba selepas menjuarai pusingan pertama dan ketiga selain bergelar naib juara pusingan kedua.
Ditanya wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, mengenai kesukarannya berlatih di Sabah, Shazilee berkata: "Di Sabah saya hanya berlatih di lot kedai yang sudah ditinggalkan, jadi saya menggunakan kelebihan itu untuk saya menjalani latihan.
"Saya tahu berlatih di lot kedai kosong seperti itu bukanlah halangan untuk kita mendapatkan kedudukan podium.
"Jadi, saya cuba fokus dalam perlumbaan untuk mengekalkan momentum saya.
"Selain itu, saya memohon doa daripada ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan saya.
"Dengan doa mereka, saya rasa lebih bersemangat dan lebih kuat untuk menghadapi setiap ujian," katanya.