Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Akid Aziz kembali dinobatkan sebagai juara pusingan keempat

Najmi Iman
Jun 30, 2024 10:37 MYT
Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 yang berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan menyaksikan pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Md Akid Aziz, mengesahkan kemenangan bagi Pusingan keempat dalam saingan perlumbaan CP150.
Bermula di grid kedua, Md Akid Aziz mencatat masa terpantas 47:648s diikuti Kasma Daniel Kasmayudin daripada Petronas Sprinta Yamaha Maju dengan catatan 47:766s di petak ketiga.
Ketika pusingan ke-14, Akid memintas kedudukan untuk mengetuai pelumba lain di kelompok hadapan untuk memenangi perlumbaan dengan catatan masa 15’52:420s.

Tahniah JUARA CP 150 Pusingan 4 di Stadium Mini Teluk Intan, Md Akid Aziz kembali dinobatkan sebagai juara selepas langkahnya merangkul gelaran tersekat pada pusingan ketiga di Litar Antarabangsa Sepang Utara. @ASTROARENA pic.twitter.com/VnvhNpB4Ts

— Faizal Bazari (@faizalbazario) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Minggu ini memang bukan mudah, kita tidak dapat pelarasan yang baik namun, hari ini bertambah baik tetapi masih bukan sepenuhnya.
"Perlumbaan tadi saya agak tertekan tapi saya cuba ubah cara tunggangan saya kerana jentera saya agak susah untuk dikawal dan perlu melakukan sesuatu untuk kekal di hadapan.
"Saya tahu Afif lebih bagus daripada saya, mungkin berat badan saya lebih ringan jadi ada kelebihan untuk saya kali ini"
#Permotoran #Md Akid Aziz #Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 #Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing