Skip to main content

Permotoran

Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Adam Haikal, Adi Putra bakal gegar Litar Antarabangsa Sepang Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cub-prix.jpg
Menjelang pusingan kelima saingan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa Sepang Selatan, dua pelumba cilik, Adam Haikal Jafar dan Adi Putra Anahar, mahu mempamerkan persembahan berkualiti menguasai trek sukan permotoran itu, hujung minggu ini.

Selepas memenangi pusingan keempat di Teluk Intan, Adam Haikal yang juga bersaing di kategori CP125 itu sedang mempersiapkan mental tatkala ingin terus mencipta sensasi selain mengulang kaji memperbaiki kesilapan yang berlaku sebelum ini.

Penunggang Honda KC Racing Wira KBS, Adi Putra Anahar, pula mensasarkan podium dan berada di kelompok hadapan susulan prestasinya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan di Litar Antarabangsa Sepang Utara, Jun lalu.

Ketika sedang ditemu bual dalam Nadi Arena, kedua-dua pelumba tersebut mengakui tiada gangguan sebaliknya terus optimis melaksanakan perancangan tersendiri untuk mendapatkan kedudukan tertinggi sambil mengekalkan disiplin yang jitu.
 

Advertisement

Must Watch Video