Petronas MAM Malaysia Cub Prix: Podium jadi idaman Azroy Hakeem Anuar di Medini Iskandar

Shaiful Shamsudin
November 8, 2024 19:19 MYT
Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar, menyasar kelompok tiga terbaik berbaki dua perlumbaan kategori CP150 yang bermula hari ini.
Dia mencatat masa terpantas 44.624 saat dalam sesi kelayakan Petronas MAM Malaysia Cub Prix untuk menempah petak hadapan di Bandar Medini Iskandar, esok.
"Kami telah cuba 100 peratus dengan keadana yang baik dan pasukan telah menyediakan jentera yang sangat baik.
"Tengoklah macam mana dengan sesi esok pula.
"Peluang pasukan untuk jamin tempat kedua cerah tetapi untuk kategori pelumba, pencabar terdekat iaitu Afif Amran juga seorang pelumba yang baik.
"Tapi saya akan fokus kepada untuk kekalkan kelompok tempat ketiga," katanya.
Sementara itu, kategori CP125 A didominasi Abdullah Qayyum Abd Razak dengan mencatat masa 46.856s.
"Tahun lalu saya tidak berlumba di trek sini jadi saya tidak letakkan sebarang risiko dengan matlamat meraih kedudukan lima terbaik.
"Agar sukar untuk baca ketika hujan dan Alhamdulillah rezeki saya dalam latihan bebas kedua hari ini," katanya.
Kelayakan CP125 B pula menyaksikan penguasaan Izam Ikmal dengan catatan 46.883s untuk merebut petak hadapan dalam perlumbaan.
Md Iman Fahmi Senin daripada pasukan yang baru ditubuhkan tahun ini, Winbox KM-Plus-AXLA, melakar kejutan dengan masa terpantas buat kali pertama, 47.245s bagi kategori Wira KBS.
#Cub Prix #Petronas MAM Malaysian Cub Prix
;