CUB PRIX
Petronas MAM Cub Prix: Brothers 7 Tech Racing Team bakal umum kejutan pelumba baru
Pemilik Brothers 7 Tech Racing Team, Narizman Madin, mengekalkan pelumba CP125, Md Luthfi Shah, menuju Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 musim ke-32 yang akan bermula April ini.
Namun, dia tidak menolak kemungkinan bahawa akan membawa masuk beberapa pelumba bagi menghadapi saingan tersebut yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kami akan mengadakan perasmian dan mengumumkan barisan pelumba dalam setiap kategori musim ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Iklan
Md Luthfi mengakui pengalamannya dalam kancah permotoran itu akan mematangkan dirinya musim ini.
"Tahun ini, mungkin boleh berkongsi pendapat dengan pelumba baru supaya dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan data dalam perlumbaan," katanya.
Must-Watch Video