Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Zawawi galas peranan bantu dua pakar pecut MPC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpc-zawawi.jpg
Pelumba berpengalaman kem Malaysia Pro Cycling (MPC), Muhamad Zawawi Azman, menganggap adalah menjadi satu tanggungjawab buatnya membantu pakar pecut, Izzat Hilmi dan Ahmad Syazrin Awang Ilah, sentiasa berada di posisi terbaik dalam 3 kilometer terakhir Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025. 

Justeru, keserasian yang tinggi pasti dituntut dan bagi Zawawi, skuadnya kini sudah bersedia dalam menempuh cabaran lapan peringkat LTdL 2025. 

"Kami dalam motivasi yang tinggi berikutan kejayaan di Negeri Sembilan minggu lalu untuk membina momentum.

"Izzat ada peluang yang cerah di peringkat pertama. 

"Dia bukan dalam senarai pelumba profesional tapi dia mampu melakukannya, dia mampu berada di atas podium," katanya. 

Sementara itu, cabaran disahut pelumba muda MPC, Muhammad Faheem Razen, yang buat pertama kali dalam kariernya bersaing dalam perlumbaan bertaraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). 

"Memang ada rasa gugup kerana ini tahun pertama saya bersama pasukan benua dan terpilih pula ke LTdL. 




"Saya bangga berpeluang berlumba dengan salah seorang idola saya, Alexander Kristoff, dan saya bangga dapat berlumba di sampingnya," katanya. 
Basikal

Inspirasi Sukan

Tambah motivasi dengan outfit cycling baru.


? Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video