Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Peluang pelumba tempatan sahut cabaran peringkat tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syawal-mazlin.jpg
Tamatnya kontrak Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai penganjur selepas Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 membuka persoalan tentang masa depan perlumbaan berprestij itu.

Selepas tiga tahun di bawah kendalian MSN, banyak pihak termasuk pelumba tempatan berharap LTdL tidak dibiarkan terkubur kerana nilai dan impaknya terlalu besar buat sukan berbasikal negara.

Berstatus pro series di bawah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) acara ini menjadi platform penting kepada pelumba tempatan untuk menimba pengalaman bersaing bersama pasukan elit, selain mengutip mata ranking untuk kerjaya profesional mereka.

"(Status) LTdL adalah 2.0 pro series dan tidak banyak peluang untuk pasukan negara, jadi pertandingan di tempat sendiri merupakan pendedahan yang baik untuk kami," katanya. 

"Betapa pentingnya dan bertuahnnya saya dapat ke peringkat lebih tinggi. 

"Ia bukan untuk saya sahaja tapi untuk peserta Malaysia juga," kata pelumba, Syawal Mazlin. 

Bagi pakar pecut Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC), Syazrin Awang, ada rasa kecewa seandainya LTdL tidak diteruskan walhal dia sudah meletakkan sasaran untuk melangkah ke kejohanan lebih besar seperti Giro D'Italia dan La Vuelta Sepanyol.

"Betapa penting untuk saya pergi ke peringkat tinggi. 

"Ia bukan untuk saya sahaja sebaliknya untuk semua peserta Malaysia," katanya. 

Justeru, rata-rata pelumba bersetuju bahawa kesinambungan LTdL bukan sekadar keperluan kalendar sukan, bahkan turut memegang kedudukan istimewa di setiap diri pelumba yang telah lama berjuang di medan ini.

"Sudah tiga kali saya menyertai kejohanan ini dan menang enam peringkat. Ia mencerminkan betapa istimewanya perlumbaan ini buat saya," tambahnya. 
Cycling

Cycling Starter Pack

Dapatkan set baju cycling ini untuk keselesaan maksima - skin-friendly, breathable, sweat-absorbent, not easy to pilling, not easy to deform.


Klik Sini

Advertisement

Must Watch Video