Ibarat impian menjadi kenyataan buat pendaki muda skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan, Muhammad Ikmal Zarawi, yang akan melakukan kemunculan sulung dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.
Namun, dalam keterujaan Ikmal, dia juga mengakui terdapat tekanan dalam menggalas tanggungjawab memberikan persembahan terbaik di samping pelumba senior.
"Memang gembira dan apabila terpilih, ia bukan sekadar penyertaan malah saya akan menggalas tanggungjawab untuk mengharumkan nama Malaysia," katanya.
Pelumba serba boleh, Kee Zhe Yie, pula mengharapkan penampilan keduanya di pentas ini membuahkan hasil.

Lebih-lebih lagi dia bakal mendapat kelebihan beraksi di laman sendiri iaitu Terengganu.
"Kali ini saya kurang berasa takut kerana sudah melalui beberapa perlumbaan di luar negara.
"Saya sudah bersedia cuma berharap tidak terjatuh.
"Kalau dapat menaiki podium adalah lagi baik," katanya.