Kurang tiga minggu menjelang Petronas Le Tour de langkawi (LTdL) 2025, skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan giat membuat persiapan terakhir dalam mencari barisan pelumba terbaik untuk kempen kali ini.
Prospek muda skuad kebangsaan, Muhammad Iqmal Zarawi, yang juga merupakan seorang pakar pendaki, meletak harapan tinggi untuk berada dalam senarai akhir,, lebih-lebih lagi kerana ia bakal menjadi penampilan pertama di pentas ini. .
"Sangat bangga, bukan mudah untuk dapatkan sertai sesi pemilihan (sekalipun).
"Saya rasa bertuah kerana ramai pelumba di luar sana yang ingin menyertai pemilihan kali ini.
"Saya akan cuba raih kepercayaan jurulatih dan mahu buktikan kemampuan kepadanya.
"Ini salah satu impian impian dari kecil kerana dulu saya menonton LTdL di tepi jalan," katanya.
Iqmal juga berhajat untuk memahat namanya dengan menjadikan gelaran pelumba terbaik Malaysia dan juga jersi pelumba terbaik Asia sebagai sasaran yang harus dikejar.
"Saya harap jurulatih akan membantu saya meningkatkan lagi kemampuan saya yang kini sudah mencapai 80 peratus.
"Saya tidak gentar untuk bersaing bagi gelaran Pelumba Terbaik Asia mahupun Pelumba Terbaik Tempatan," katanya.
Grab Sekarang

Ride With Confidence
Rasa lebih yakin di jalan atau trek dengan perlindungan yang boleh diharap.
Grab Sekarang