Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: TSG pasang strategi berbeza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-aiman-rosli-tsg.jpg
Selepas menyarung jersi pelumba terbaik Asia, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli, memasang azam baru dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.

Nur Aiman pernah menyarung jersi pelumba terbaik Asia di beberapa peringkat LTdL dan membawa gelaran pelumba terbaik Malaysia secara keseluruhan ketika kemunculan pertamanya di pentas ini pada 2023.

Hanya podium sahaja yang belum dikecapi Nur Aiman dan mengharapkan tonik terbaik di peringkat ketujuh dan kelapan di negeri kelahirannya, Johor.

"Tahun ini agak mencabar kerana kehadiran pelumba-pelumba profesional seperti pasukan Astana. 

"Agak sukar bagi saya untuk 7km terakhir peringkat Fraser Hill. Lebih baik saya tukar perancangan dengan menyasarkan podium. 

"Sejak tiga tahun lalu saya memang menunggu saat ini untuk berlumba di kampung sendiri. 




"Saya memerlukan sokongan orang kampung sendiri untuk menempuhi peringkat akhir kelak," katanya. 

Sementara itu, TSG meletakkan pakar pecut tambahan, Wan Abdul Rahman Hamdan, bagi mengiringi Harrif Salleh dalam edisi kali ini.

Strategi berbeza diletakkan TSG dalam edisi kali ini untuk menyesuaikan diri dengan cabaran laluan landai yang menyaksikan pentas terbaik buat pakar pecut dalam merebut tempat di atas podium.

Menariknya, walaupun 'Achik' sudah lama bersama dengan TSG namun ini merupakan penampilan pertamanya untuk beraksi dalam LTdL. 

"Ini tahun pertama penyertaan saya dalam LTdL. 

"Saya akan lihat rakan sepasukan selain situasi pasukan dan pelumba handalan yang lain," katanya. 
 
Basikal

Strategi Menang

Siap sedia kayuhan dengan set lengkap basikal & jersey.


? Lihat Sekarang

Advertisement

Must Watch Video