Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Tsen Ren Bao tekad tebus kekecewaan tahun lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tsen-ren-bao.jpg

"Saya ingin tebus kekecewaan 2024." 

Itu azam Tsen Ren Bao yang merupakan satu-satunya pelumba Malaysia yang beraksi bersama pasukan luar negara, Saint George Continental Cycling Team, yang berpangkalan di Australia untuk kayuhan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.

Bersama pasukan baru dan tentunya misi baru, Ren Bao memasang impian untuk memahat kenangan manis khasnya di laluan kepakarannya, zon pendakian.

Bagi Ren Bao, kepimpinan bekas pemenang gangsa Sukan Olimpik 1988, Brett Dutton, menjadi pemangkin utama untuk menampilkan prestasi terbaik dalam perlumbaan kali ini.

Apatah lagi dia memiliki kelebihan berikutan ketiadaan beberapa nama besar dalam LTdL kali ini dengan adanya pertukaran pada saat akhir.

"Kami telah menempuhi banyak perlumbaan di serata dunia pada tahun ini.

"Pengalaman Dutton banyak membantu kayuhan kami. 





"Ia menjadi medan persiapan yang baik," katanya. 

Sementara itu, Ren Bao yang juga anak kepada bekas jaguh berbasikal lebuh raya negara, Tsen Seong Hoong, kini dalam misi menebus kembali kekecewaan dalam edisi tahun lalu ketika mewakili skuad kebangsaan.

"Akibat terlalu berlatih, saya tidak begitu sihat dalam edisi lalu. 

"Kali ini saya sedia membuktikan kemampuan dan 100 peratus mahu menebus kekecewaan lalu," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video