Pakar percut Terengganu Cycling Team (TSG), Wan Abdul Rahman Hamdan, berhasil menamatkan peringkat kedua perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Padang Besar ke Kepala Batas di tempat keenam dengan tiga gelaran.
Pelumba itu, yang mesra disapa dengan panggilan Achik, berhasil meraih gelaran Pelumba Terbaik Malaysia, Pelumba Terbaik ASEAN dan Pelumba Terbaik Asia di peringkat berkenaan.
Baginya, kejayaan itu akan menjadi tonik untuk melonjakkan semangatnya dan rakan sepasukan untuk melakukan yang lebih baik dalam peringkat berikutnya tetapi masih menyimpan tenaga untuk menghadapi cabaran pendakian dari Gerik ke Pasir Puteh dalam peringkat ketiga esok.
"Bagi kedudukan perlumbaan tadi, saya sudah mencuba untuk mengejar pendahulu tetapi agak sukar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Selepas dua kilometer terakhir, saya terlepas peluang kerana saya dihimpit pelumba lain sehingga rantai basikal saya terjatuh.
"Saya kemudian memasangnya semula dan menemui mereka kembali di 500 meter terakhir dan pada ketika itu, saya memang sudah banyak menggunakan tenaga, jadi hanya mengikuti mereka dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kedudukan terbaik Asia."
Lindungi Diri Anda

Cycling Macam Juara
Juara pun utamakan keselamatan bila berbasikal, anda bila lagi?
Lindungi Diri Anda