Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Status penganjur dibincangkan di kabinet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jefri-ngadirin.jpg
Status Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai penganjur Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) akan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan, menurut Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin.

"Mandat yang diberikan kepada kami adalah selama tiga tahun -- dari 2023 hingga 2025 -- dan biar kabinet putuskan penganjur (seterusnya).

"Kami ada tempoh hingga Mac depan untuk permohonan lesen penganjuran daripada UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) selepas mendapat kebenaran kabinet.

"Cuma sama ada KBS atau MSN yang anjurkan, ia belum diputuskan lagi. 

"Setakat ini tiada pelanggaran peraturan berlaku kerana kami perbaiki (kelemahan) daripada penganjuran yang lalu," katanya. 

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), merangkap Naib Presiden UCI, Datuk Amarjit Singh Gill, pula tidak mahu membuat spekulasi tentang penganjur LTdL tahun hadapan atas sebab perbincangan sedang berlaku ketika ini.

Namun, sesiapa sahaja yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab itu harus mengekalkan standard ketika ini atau cuba untuk meningkatkan lagi tahap penganjuran ke aras lebih tinggi pada masa akan datang.

"Lebih baik kami biar ia berlaku sebelum sebarang pengumuman. 




"Ia memerlukan perbincangan beberapa agensi dan LTdL sangat penting buat Malaysia. 

"Bukan sahaja sebagai satu acara sukan malah menjual nama Malaysia. Penjenamaannya sangat kuat," katanya. 
 
Cycling

Cycling Starter Pack

Dapatkan set baju cycling ini untuk keselesaan maksima - skin-friendly, breathable, sweat-absorbent, not easy to pilling, not easy to deform.


Klik Sini

Advertisement

Must Watch Video