'Saya harap semua pasukan Malaysia bekerjasama'
Perkara itu yang diinginkan legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo gan, yang berhasrat untuk melihat wakil negara menaiki podium dalam perlumbaan Le Tour De Langkawi edisi kali ini.
Begitupun, sebagai seorang jurulatih, Joo Ngan memahami semangat kompetitif semua pasukan. Namun jika boleh, Joo Ngan ingin MElihat kerjasama daripada ketiga-tiga wakil Malaysia iaitu Malaysia Pro Cycling (MPC), Terengganu Cycling Team (TSG) dan skuad negara untuk menentang pasukan-pasukan dari Eropah.
"Sekarang pasukan negara, TSG dan MPC adalah tiga pasukan yang mahu keputusan terbaik jadi saling bersaing, saya memahami. Saya tidak boleh mengkritik strategi pasukan kerana setiap pasukan mahu kemenangan.
"Jika TSG, MPC dan pasukan negara bergabung bersama-sama dan pastikan salah satu pasukan juara. Tetapi boleh bergabung atau tidak kerana setiap pasukan mahu kemenangan." katanya.
Sementara itu, melihat kepada laluan kebanyakannya landai pada edisi kali ini, ia membuka kepada 'perang pakar pecut' hampir di setiap peringkat.
Bagi Joo Ngan, Malaysia mempunyai ramai pakar pecut berkaliber seperti Harrif Salleh, Elmi Jumari dan Izzat Hilmi. Namun, kekurangan dari segi kekuatan untuk membawa pakar pecut tempatan ini dalam berada di posisi terbaik pada 500m (meter) terakhir.