Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Pentas idaman buat Zahin Wahhi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zahin-wahhi.jpg
Kehangatan penganjuran Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 semakin dirasai dengan saingan yang bakal bermula pada 28 September ini akan menjadi pentas idaman buat Zahin Wahhi.

Pelumba meningkat naik itu dicanang sebagai aset bernilai Malaysia Pro Cycling (MPC) bagi mengejar aspirasi menjuarai satu peringkat edisi ke-29 kali ini.

Pelumba berusia 27 tahun itu menggalas tanggungjawab besar dalam pasukan MPC selaku pengesan kumpulan pemecah serta pakar melancarkan serangan.

Zahin, yang berketinggian 1.86 meter, memiliki gaya tunggangan menarik dan kekuatan fizikal seiring dengan peranan yang digalasnya dalam pasukan berkenaan.

"Kondisi terkini saya agak baik untuk menghadapi Jelajah Kedah dan jelajah Negeri Sembilan sebelum ke LTdL," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis

"Saya mahu lakukan pecahan, bergantung kepada laluannya dan peluang yang saya ada.

"Jika ketika melakukan pecahan kami dapat putus (dari peloton), kemungkinan untuk memenangi peringkat itu tinggi.

"ia juga bergantung kepada situasi. Jika peloton sudah perlahan, kami akan bergerak ke depan untuk mengejar sehingga ke penamat."
 

Advertisement

Must Watch Video