Pelumba serba boleh Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli, menakluki dua zon pecutan di peringkat pertama Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 di Pulau Langkawi hari ini.
Nur Aiman berhasil meraih mata penting menerusi zon pecutan di Harbour Park dan Padang Matsirat, sekali gus mnyarung jersi Pelumba Terbaik Asia.
Pelumba itu berkata dia masih menyimpan tenaga dalam persediaan untuk menghadapi tujuh baki peringkat perlumbaan, terutama untuk menghadapi zon pendakian di Gerik, Perak di peringkat ketiga nanti.
"Alhamdulillah, dalam perbincangan pasukan hari ini, saya mendapat arahan untuk melakukan pecahan, jadi saya perlu melakukannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Alhamdulillah, saya dapat mata bonus dan dapat tempat pertama dalam dua zon pecutan dan tempat ketiga dalam satu lagi zon pecutan.
"Hari ini hujan, sama seperti tahun lalu, jadi saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan.
"Jadi untuk peringkat seterusnya, saya masih akan simpan tenaga untuk naik ke Gerik nanti. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik kerana saya menyimpan tenaga untuk peringkat ketiga nanti."
Dapatkan Sekarang

Stamina Kekal Kuat
Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.
Dapatkan Sekarang