Pelumba pecut Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohamad Izzat Hilmi, ingin bangkit daripada kekecewaan gagal menamatkan perlumbaan dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi lalu.
Izzat berazam raih kemenangan dalam di peringkat pertama di Langkawi terlebih dahulu, sebelum meneruskan rentak tersebut di peringkat kedua.
Cabaran paling hebat Izzat dijangka di peringkat ketiga dari Gerik ke Pasir Puteh yang menyajikan laluan sedikit berbukit iaitu puncak Titiwangsa dan ia menjadi cabaran yang digeruni pelumba berusia 30 tahun itu.
"Kemungkinan banyak pecutan berlaku. Tapi perit juga untuk pelumba pecut bermula di peringkat ketiga.
"Tahun ini saya mahu perbaiki pencapaian meraih tempat ketujuh di peringkat pertama edisi lalu dan kali ini mungkin berpeluang untuk menjuarainya," katanya.
Pengurus pasukan MPC, Mohd Sayuti Mohd Zahit, pula yakin dengan kemampuan Izzat dan percaya gelaran juara di peringkat pertama akan menaikkan semangatnya untuk merebut gelaran juara Asia.
"Kalau kami dapat gelaran terbaik Asia adalah bonus dan jika raih kedudukan tiga terbaik, ia dianggap OK untuk penampilan kedua ini.
"Lagipun akan mempertaruhkan pelumba tempatan yang terdiri daripada pelumba B-23 selain empat pelumba elit," katanya.
Dapatkan Sekarang

Stamina Kekal Kuat
Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.
Dapatkan Sekarang