Pelumba Astana, Matteo Malucelli, mempamerkan kayuhan bertenaga dalam memastikan kemenangan kedua selepas tiga peringkat saingan Petronas Le Tour de Langkawi 2025, sebentar tadi.
Saingan memasuki hari ketiga sejak Ahad menyaksikan Malucelli dan Arvid de Kleijn muncul pemenang bagi Peringkat 1 dan Peringkat 2
Cabaran terus meningkat dalam Peringkat 3 -- Perlumbaan dari Gerik ke Pasir Puteh yang meliputi 198.2 kilometer.
Bagaimanapun, kelibat Arvid de Kleijn tidak kelihatan apabila ketinggalan di belakang sekaligus membuka ruang buat peloton meningkatkan kelajuan saingan sekaligus menyukarkan pelumba Tudor Racing tu kembali dalam kelompok hadapan.
Penamat yang penuh dramatik apabila Uno-X Mobility, Alexander Kristoff dan Malucelli tekad untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
Photo finish menyaksikan Malucelli muncul juara untuk menidakkan Kristoff di tempat kedua sementara Erland Blikra melengkapkan podium.

Ikuti perkembangan dan berita penuh di Nadi Arena jam 7.30 malam ini dan di Stadium Astro.