Pelumba XDS Astana Team, Matteo Malucelli, mengungguli peringkat pertama saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, sebentar tadi.
Peringkat pertama hari ini melibatkan kayuhan dengan jarak sejauh 96.5km (kilometer) mengelilingi daerah Pulau Langkawi.
Pelumba kelahiran Itali itu mengecewakan pencabar terdekat daripada pasukan Uno-X Mobility, Erlend Blikra, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas bersaing sengit bersama pelumba di tempat ketiga iaitu Arvid de Kleijn yang juga dikenali sebagai 'Little Gorrila' daripada pasukan Tudor Pro Cycling Team.
Dalam pada itu, pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Salleh, menduduki kedudukan kesembilan selain dinobatkan pelumba terbaik ASEAN.
Malah, rakan sepasukannya, Nur Aiman Rosli mengumpul tujuh mata daripada peringkat pertama sekali gus meraih jersi putih selaku selaku Pelumba Terbaik Asia.
Cuba Sekarang

Topup Tenaga Dengan Segera
Energy gel mudah dibawa untuk cas semula stamina bila anda perlukan.
Cuba Sekarang