Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Kristoff pasang misi peribadi sempena kayuhan penutup kerjaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alexander-kristoff_1.jpg
Alexander Kristoff yang buat pertama kalinya menyertai Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang juga bakal jadi perlumbaan penutup kariernya dengan misi melengkapkan kemenangan ke-100 di peringkat individu.

Pelumba Norway itu amat berbesar hati untuk bersaing di samping pelumba yang mengangkatnya sebagai idola, lebih-lebih lagi pelumba muda Malaysia yang melihatnya sebagai legenda dalam sukan berbasikal lebuh raya.

Kristoff menyifatkan, dia menjadi inspirasi buat pelumba muda yang membolehkan mereka kejar impian berbasikal secara profesional adalah satu perkara yang sangat bermakna.




"Kebanyakan pelumba-pelumba muda ini mula mengenali saya ketika saya di puncak karier, 10 tahun lalu. 

"Ini bukan sesuatu yang baru dan kami berkesempatan untuk swafoto. Dah tua pun saya masih terkenal.

"Nasihat saya kepada pelumba muda supaya fokus. Malah, sukan ini kian profesional dan jurang perbezaannnya pula sangat kecil. 

"Ia merangkumi banyak aspek. Kelajuan juga semakin meningkat dan bukannya untuk berada di puncak," katanya menjelang peringkat pertama di Langkawi, esok. 

Advertisement

Must Watch Video