Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Kayuhan pelumba tempatan kian mantap, beri cabaran sengit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emir-jalal-ltdl.jpg
Ketua Pegawai Operasi (COO) Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, Emir Abdul Jalal, berkongsi mengenai maklum balas baik daripada pihak 'komisar' Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengenai penganjuran kali ini.

Ia merupakan bukti kukuh bahawa LTdL berada di dalam kelas yang tersendiri.

Bercerita mengenai prestasi pelumba tempatan, mendapat podium di peringkat ketujuh LTdL kali ini ibarat satu kepuasan buat semua pihak.

"Kemenangan Aiman Rosli di peringkat ketujuh memberikan satu kepuasan yang luar biasa. 

"Titik peluh kami dan duit yang dilaburkan oleh negara sangat berbaloi. 




"Pelumba negara menghasilkan keputusan yang baik," katanya.

Itu juga apa yang dirasakan COO Terengganu Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus, berikutan kejayaan Nur Aiman Rosli sebenarnya sangat sukar untuk direalisasikan.

"Sebelum ini LTdL diadakan pada awal musim dan prestasi pasukan agak sama rata. Tapi sekarang berbeza, pasukan Eropah lebih menyerlah kerana baru selesai dengan perlumbaan besar.

"Jadi TSG amat bersyukur dapat menaiki podium," katanya. 

Beralih ke Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) pula, projek budak moutain bikes (MTB) makin hari makin menjadi.

Pengurus MPC, Sayuti Zahit, menyifatkan peningkatan prestasi anak buahnya sebagai memberangsangkan dan percaya dengan masa dan pendedahan terbaik, mereka mampu bersaing di samping bintang duni

"Ini kali pertama semua pelumba dapat selamat sampai tanpa kecederaan. 

"Tempat keempat di peringkat keenam dan dua kali sarung jersi terbaik Asia merupakan keputusannya yang agak bagus.

"Kami menyasarkan podium dan perlu mencubanya lagi pada tahun depan. 

"Kami akan memberikan lebih banyak pendedahan kepada pelumba-pelumba," katanya. 
 
Cycling

Cycling Starter Pack

Dapatkan set baju cycling ini untuk keselesaan maksima - skin-friendly, breathable, sweat-absorbent, not easy to pilling, not easy to deform.


Klik Sini

Advertisement

Must Watch Video