Walaupun tiada pendakian Genting tahun ini, namun masih lagi ada pendakian Bukit Fraser di peringkat kelima Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang menjadi 'queen stage' hari ini.
Namun, pelumba terlebih dahulu perlu mengharungi zon pecutan dengan serangan awal berlaku menuju pecutan pertama di Mentakab sebelum diungguli Zeb Kyffin daripada Unibet Tietema Rockets.
Jaguh Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli, pula menakluk zon pecutan kedua di Bukit Damar sebelum Zeb Kyffin sekali lagi merampas zon pecutan ketiga di Mempaga.
Ujian bermula buat semua pelumba untuk menghadapi pendakian di Raub, dan Aiman muncul yang pertama untuk menaklukinya sebelum cabaran sebenar dalam menghadapi zon pendakian terakhir di Bukit Fraser.
Seperti dijangka, tiada kelibat pakar-pakar pecut yang selalu memeriahkan garisan penamat kali ini apabila mereka berada jauh dari kumpulan hadapan.
Dan pakar pendaki Total Energies, Joris Delbove, menjadi pelumba terawal yang tawan Bukit Fraser untuk menjadi juara peringkat kelima LTdL, sekali gus merampas jersi hijau keseluruhan daripada pakar pecut XDS Astana, Matteo Malucelli.
"Berbaki 8km, saya berada di kedudukan baik dan menuju 5km, saya mengerahkan segala kudrat.
"Saya gembira dengan pencapaian dalam siri profesional ini kerana dapat membalas keyakinan pasukan yang saya sertai Julai lalu," katanya.
Jersi pelumba terbaik Asia bertukar tangan kepada pelumba XDS Astana, Nicolya Vinokurov.
Bagaimanapun, tiada perubahan untuk jersi raja bukit apabila ia masih dimiliki pelumba Picnic PostNL, Patrick Eddy, dan jersi raja pecut masih milik Malucelli.
Cuba Vitamin C Ini

Untuk Tenaga Maksima
Vitamin C Berocca ini bantu badan anda lebih cergas dan bertenaga untuk aktiviti-aktiviti luar.
Cuba Vitamin C Ini