Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL: Joris Delbove dinobat juara keseluruhan edisi ke-29

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bov.jpg
Pelumba Team Total Energie, Joris Delbove, dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 kali ini.

Pelumba kelahiran Perancis itu mencatatkan masa keseluruhan 27 jam 17minit 38 saat selepas lapan peringkat.

Untuk rekod, dia menjuarai cabaran peringkat peringakt kelima selepas menawan Bukit Fraser sekali gus merampas jersi hijau daripada Matteo Malucelli yang mendominasi perlumbaan sebelum ini.

Sementara itu, Pasukan Terbaik edisi kali ini diungguli Team Polti Visitmalta (PTV) selepas merekodkan 81.53.46s, diikuti UNIBET Tietema Rockets (RKT) selaku naib juara dan Burgos-Burpellet-BH (BBH) di tempat ketiga.



 

Sementara itu, Terengganu Cycling Team menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 82.00.57s.

Untuk saingan kal ini, perebutan jersi putih menjadi milik Nicoyla Vinokurov daripada pasukan XDS Astana Team selaku Pelumba Terbaik Asia.

Dalam persaingan gelaran Raja Bukit pula menyaksikan pelumba Team Picnic PostNL, Patrick Eddy, mempertahankan jersi polka dot sejak saingan peringkat ketiga.

Pelumba Uno X Mobility, Erlend Blikra, pula meraih jersi jingga untuk Raja Pecut diikuti Arvid De Kleijn yang turut dikenali sebagai 'Little Gorilla' dan Manuel Penalver Aniorte.

Advertisement

Must Watch Video